Penang Village merupakan sebuah restoran yang terkenal di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Kepada pengemar selera baba & nyonya bolehlah mencuba keenakan resipi asli turun temurun ini di restoran yang beralamat di LOT LG 47, 48, 49 & 76, LOWER GORUND FLOOR, NO 1, JALAN IMBI, KUALA LUMPUR dan beroperasi dari 11 pagi hingga 10.20 malam.

Restoran yang mempunyai sembilan cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Indonesia ini turut menyediakan promosi kepada pengemar makanan di cawangan Tropikana City Mall, Taman Tun Dr Ismail dan Alamanda (Putrajaya). Restoran ini juga akan membuka cawangan kesepuluh di IOI Boulevard (Puchong).

Selain itu Restoran ini juga turut menyediakan tempahan untuk jamuan hari jadi, pelancaran produk, perkahwinan dan lain-lain. Menurut Pengurus Jualan, Lian Wei Wei, 29, walaupun restoran ini nampak mahal tapi sebenarnya harganya sangat murah dan boleh dinikmati oleh semua warga kota. Restoran ini juga menyediakan tiga set meja untuk golongan VIP atau sebagainya. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah berhubung kepada Lian Wei Wei di talian 03-77260118










SALTED EGG PRAWN
BAHAN-BAHAN:
  • 160 gm udang
  • 5 gm perasa (garam, ajinomoto, dan gula)
  • 50 gm tepung
  • 2 biji telur itik masin
  • 10 keping daun kari
  • 50 gm sup stok ayam
  • 1 biji cili padi
  • 30 gm majerin
  • 100 gm susu cair
  • 15 gm gula
  • 5 gm serbuk stok ayam

CARA-MEMBUAT:
  1. Gorengkan udang kemudian campurkan tepung serta garam, ajinomot dan juga gula secukup rasa.
  2. Masukkan bahan-bahan seperti cili padi, daun kari, majerin, susu cair, serbuk stok ayam dan juga stok ayam serta panaskan. Kemudian masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam bahan yang baru dipanaskan.
  3. Tunggu sehingga naik bau dan boleh dihidangkan bersama dengan telur itik sebagai hiasan.

PENANG CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHANNYA:
  • 150 gm kuetiau
  • 1 biji telur
  • 3 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 8 ekor kerang
  • 30 gm tauge dan kucai
  • 5 gm cili
  • 5 gm bawang putih
  • Sos kuetiau

CARA-MEMBUAT:
  1. Panaskan kuali. Masukkan bahan seperti telur, udang, sotong dan juga bawang putih serta gaulkan menjadi sebati.
  2. Kemudian masukkan kuetiau serta campurkan sos kuetiau dan cili.
  3. Setelah semua bahan sudah siap akhir sekali barulah masukkan kerang, tauge dan juga kucai untuk mengekalkan kesegaran.

NYONYA BBQ CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
  • 50 gm kailan
  • 200 gm paha ayam tanpa tulang
  • 120 gm sos BBQ
  • 20 gm bawang putih dipotong

CARA-MEMBUAT:
  1. Gorengkan ayam setengah masak.
  2. Campurkan sos BBQ dan juga bawang putih serta panaskan.
  3. Celupkan kailan tadi sehingga menjadi lembut kemudian letakkan kailan di atas pinggan.
  4. Potongakan ayam yang digoreng tadi menjadi potongan yang kecil kemudian letakkan di atas kailan. Tuang sos yang telah dipanaskan bersama bawang putih ke atas ayam. Sedia untuk dihidang.

VILLAGE SPECIAL FRIED RICE
BAHAN-BAHAN ACAR:
  • 200 gm timun
  • 30 gm bawang dipotong halus
  • 20 gm cili dihiris
  • 100 gm cuka putih
  • 10 gm garam
  • 100 gm buah nanas
  • 50 gm lobak merah dipotong halus
  • 5 gm biji sawi
  • 150 gm gula

CARA-MEMBUAT:
  1. Potong kesemua sayur dalam saiz yang kecil dan campurkan dengan cuka putih, gula, garam dan juga biji sawi.
  2. Simpan di dalam peti sejuk selama satu malam.
BAHAN-BAHAN NASI:
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Nasi
  • Udang kering
  • Telur
  • Daun bawang
  • Kacang panjang
  • Garam dan ajinomoto

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
  • 1 biji telur
  • 2 ketul ayam berempah
  • 1 sudu teh sambal udang
  • 1 ekor udang yang telah dikopek kulitnya
CARA-MEMBUAT:
  1. Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan untuk nasi serta gaulkan. Tunggu sehingga 3-4 minit.
  2. Hidangkan nasi dahulu.
  3. Masakkan telur dan letakkan di sebelah nasi yang telah dihidang.
  4. Letakkan juga sambal udang dan ayam berempah sebagai hiasan. Letakkan udang tadi di atas nasi. Sedia untuk dihidang.