Bagi yang menggemari masakan nyonya, mereka pasti menghala ke Melaka atau Pulau Pinang yang terkenal dengan hidangan unik itu.

Bagaimanapun, jika anda bukan menetap di pulau mutiara itu, tidak munasabah untuk memandu sejauh itu bagi menikmati sepinggan kuetiau goreng dan masakan nyonya yang cukup terkenal dengan keenakannya yang tersendiri.

Justeru,usah gusar memikirkan selera menggunung terhadap masakan nyonya Pulau Pinang dan hidangan masakan Cina kerana anda boleh menikmatinya di bawah satu bumbung di restoran Penang Village yang akan membuatkan anda menelan liur kerana kepelbagaian masakannya.

Restoran Penang Village menyediakan berpuluh menu lazat untuk dicuba merangkumi masakan panas sepertimi, bihun, nasigoreng, lauk pauk dan pemanis mulut yang wajar dilabelkan dengan perkataan ´mesti cuba.´ Apa yang pasti, jejakkan kaki anda ke sana, barulah anda mengetahui rahsia keenakan yang ada di situ.

Ketua tukang masak Penang Village di Berjaya Time Square, Chef Senior Putera Othman, berkata Penang Village bersedia memenuhi selera penggemar menu nyonya dan masakan ala Cina kerana beliau sendiri cukup teruja melihat ada pengunjung yang seronok menikmati hidangan yang disediakan.

"Penang Village adalah restoran yang menyajikan pelbagai menu yang dimasak dengan cara yang cukup istimewa kerana saya dan kumpulan tukang masak menyediakan sendiri sos dan rempah ratus yang digunakan dalam setiap masakan.Bagi penggemar resipi Nyonya dan Cina, mereka boleh menjamu selera di sini kerana ada banyak menu yang enak untuk dicuba.

"Antara yang mendapat sambutan pengunjung ialah kuetiau goreng Penang, ayam barbeku nyonya, kailan dua cara, nasi goreng labu, udang mentega heh bee, mi udang,omlet telur Penang dan kombinasi entree tiga sos, manakala pemanis mulut pula, cendol durian dan rojak buah cukup digemari ramai," katanya ketika ditemui di premis berkenaan,baru-baru ini.

Kailan dua cara umpamanya, dihidangkan dengan teknik masakan yang cukup mengecurkan liur kerana ia disajikan secara bergoreng dan rangup pula. Sekali imbas, anda pasti tidak menyangka sayur hijau rangup yang dimakan itu adalahkailan yang disediakan dengan cara yang amat ringkas.

"Kita sudah terbiasa dengan sayur hijau berdaun digoreng dengan perencah dan dipersembahkan dalam bentuk sayur campur serta lembap. Walhal, ada banyak cara untuk memberi warnadan citarasa kepada menu. Bagaimanapun, tidak semua sayurberdaun boleh digoreng rangup seperti kailan dua cara itu.

"Udang mentega heh bee juga patut menjadi menu wajib cuba anda kerana ia antara yang terkenal di kalangan pengunjung. Ia digoreng dua kali sebelum menjadi seperti yang anda makan.

Rangup, berwarna keemasan dan rasa udang tetap segar," katanya. Begitupun, kuetiau goreng Penang mungkin agak berbeza dengan kuetiau yang anda makan di Pulau Pinang kerana ia bergantung kepada cara masakan dan air tangan tukang masak yang menyediakan menu itu.

Meskipun resipi yang digunakan adalah sama, teknik masakan mempengaruhi rasa menu. Selain keenakan hidangan yang ditawarkan kepada pengunjung, susun atur ruang makandi Penang Village juga tidak mengecewakan.

Kombinasi latar warna putih dan warna kayu menyuntik aliran semula jadimembekalkanketenangan dan keselesaan kepada pengunjung kala menikmati makanandi situ.

Ruang laluan dan kedudukan antara meja juga menyumbang kepada suasana damai di restoranberkenaan selain dedikasi petugas yang sentiasa mesra memenuhi permintaan pengunjung.Dinding kosong tampak ceria dengan senduk panjang yang disusun berbaris pada bahagian tepi kerusi dan bekas sos Aladdinyang melekat di dinding tidak kurangmenarik sebagai aksesori deko.

Bagaimanapun, mangkuk putih besar yang disusun penuh pada dinding blok simen asas bahagian hadapan restoran paling memukau sekali gus menyuntik gaya oriental berbaur cita rasa nyonya dan elemen kecinaan yang amatunik.

Mangkuk putih bersaiz besar itu sebenarnya adalah bekas lampu yang cantik.

Kini PenangVillage mengadakan promosi ikan kerapu goreng dengan adunan sos tiga rasa, (nanas nyonya, nanas asam dan laici masam manis) yang pasti menambat selera pengunjung untuk datang buat kali kedua di restoran berkenaan. Promosi ini ditawarkan di semua lima premis Penang Village. Harga bermula daripada RM9.90+ hingga RM79.90+. Bagaimanapun, promosi ikan kerapu tidak termasuk di dalam tawaran ini.